Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan untuk semua umat Islam.

Saturday, July 6, 2013

Majlis Pertunangan

Tengahari ni bertolak ke Brunei..
bukan majlis pertunangan aku ek, my cousin actually..
this time, kami di pihak lelaki so takde laa byk sangat karenahnya..
persiapan pun simple jer..tu pun goodie bag dah buat awal2..
tugas aku, seperti biasa laa..hias menghias and pastry..
memang aku suke duk dapur, boleh lepak ngan makcik2 and cousins..
family sebelah mama memang close, bukan mcm makcik and anak sedara tp dah macam mak dan anak..
meriah tu, tak payah nak cakap laa..
family feast pun dah meriah, ape lagi time2 majlis camni..
lucky me di lahirkan dalam family yang super power rangers ni..
and I'm proud to be grandchildren of Haji Dollah..

Tuesday, July 2, 2013

Fadilat Ayat Kursy


Mahfum ayat :

Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidur. BagiNya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yang boleh memberi syafaat kecuali dengan izinNya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakiNya. Lebih luas kerusinya di langit dan di bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.


Antara fadilat yang boleh diperolehi ialah :- 

1.Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas memyempurnakan solat fardhu akan dipelihara oleh Allah sehingga solat berikutnya

2.Allah swt akan menghantar dua malaikat untuk memelihara orang yang membaca ayat Kursi ketika berada di tempat pembaringan sehingga waktu subuh

3.Orang yang membaca ayat Kursi selepas solat fardhu akan memelihara keluarga, juga rumah-rumahnya yang berhampiran dengannya. Boleh juga dimaksudkan terpelihara daripada binatang yang mudharat, bencana alam, kebakaran, dan jahat angkara manusia. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh setiap arang agar melakukan sesuatu perbuatan dengan menyebut nama Allah oleh kerana iblis dan syaitan tidak berupaya mengangkat atau membuka sesuatu yang di tutup dengan meyebut nama Allah

4.Allah tidak menegah mereka yang membaca ayat Kursi selepas solat fardhu masuk dalam syurga
Barang siapa yang keluar dari rumahnya dengan membaca ayat Kursi, maka Allah utuskan tujuh puluh ribu malaikat kepadanya, mereka memohon keampunan dan mendoakan baginya

5.Barang siapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari

6.Barang siapa membacanya, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid

7.Barang siapa yang membacanya ketika dalam kesempitan atau kesusahan, Allah akan menolongnya

8.Barang siapa yang membaca ayat Kursi selepas solat maka akan di pelihara akan dirinya dari kezaliman para pemerintah yang kejam.

9.Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

10.Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

11.Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

12.Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

13.Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

Friday, June 28, 2013

Penangan drama Korea

ni masalah besar aku..paling besar..
bila aku start layan drama korea, memang tak boleh nak miss..
tapi aku rasa, sekarang ni dah kurang sikit berbanding dulu..
dulu omaigod! aku boleh tak tido semalaman sebab nak habiskan cerita..
kalau dah drama, memang banyak la episodnye kan...
1 episod je 1jam10minit..bayangkan 25 episod brapa lama??
gelak sampai guling2..nanges sampai abes bantal basah..
memang dahsyat la kan penangan drama korea ni..

tapi...sekarang dah under control...
tak boleh dah nak layan sangat drama2 korea ni..
kekadang tu boleh laa..just untuk bersihkan mata and tambah senyuman di muka..
hahaha...
It's makes me happy, that's the words!

.
.
.
.
.
.
.

jalan ceritanya sama jer..cinta terhalang lepas tu bersatu..
tak pun, boyfie hensem and kaya..bercinta ngan commoners, parents boyfie tak approve plak..
paling best, bercinta sakan tapi jodoh tak lama..ending mati..
tapi aku tetap layan..hahahaha

Friday punye story

Alhamdulillah..
bertemu semula hari jumaat..
I love u jumaat! why im in love with friday??
because, tomorrow is not working..! hahaha

and another story...

Malaysia kan tengah dilanda jerebu yg teruk..
sampaikan ada skolah yg ditutup sementara...
and Alhamdulillah jugak sekarang ni dah beransur pulih..
kat tempat aku ni, Limbang Sarawak ni..
this week, setiap hari hujan..
and ni tadi hujan lebat and aku tak gerak gi ofis lagi..
memang sangkut lam hujan lebat la jawabnye.......hahaha

more story...

Alhamdulillah..
classmate aku nikah hari ni...
Mr Hubby and Mrs Wifey, both classmate aku..
wifey ni, 1st person aku kenal time aku study kat U dulu..
on that day, aku kenal die as my housemate...
then 1 group lak time orientasi freshies...
paling best, ambik course sama and hakikatnya sama class...
from foundy til degree, 1 class...
Hubby nye plak, 1 class time degree coz die bdk post stpm..
memang chill la sbb dua2 aku kenal...
but my friends, im sorry i cant attend your solemnization day..
but i WILL and TRY to attend your reception ok!

btw, selamat pengantin baru (selamat tukar status) hahahaha


Wednesday, June 26, 2013

layan lagi voice yg best

weekend, aku suka duk umah jer..
asak ke, tgk movie ke, membaca ke...
nak kuar, aku mmg mls nk bersiap and drive..
if ade driver best gak..(pemalas la plak) hahaha..
motif sebenar aku nak cakap kat sini actually....
aku suka tengok 1 show ni, Immortal Songs 2...
suka sebab singers yang join show ni mmg super power..
macam Avengers tu..dah power, tapi tetap nak try power lagi..
voice pun boleh wat aku bersorak..wah! over plak..
memang tak senang duduk la if tengok show tu..
duduk..baring..duduk..baring..

meh layan sikit video battle some of singers2 yg power ni..
(ni show from Korea actually..heeeee :D )

ALi 


Lee Hyuk (Norazo)

JK Kim DongUk

Sweet Sorrow

Ha DongQn

Ulala Session

Ailee


dah layan, best x voice dorg??




Lagu ini ada dihatiku

Title yg x ley blah..hahaha
yes, mmg lagu2 dr 1 band from Korea ni slalu dodoikan aku..
aku suka bkn sbb lagunya jiwang ye..
sbb aku suka voice vocalist nye..husky!
jom layan 1 of my favourite..

FT Island ft CNBlue - Beautiful Woman


FT Island - Beloved


FT Island - I hope

FT Island - I wish





mengimbas kembali previous life ku

Tiada kata yg dpt ku katakan bila terfikirkan kehidupan yg lalu..
lalai kah aku?? degil kah aku??
soalan2 like that yg slalu bermain2 di fikiran..
kenapa?? mengapa?? bagaimana?? adakah??
tertanya2 tp jawapannya adalah pasti..
tapi sayang, ada yg blh terima and ada yg tidak..
ada yg mengucapkan syukur, and ada yg mahu terus hidup dalam masa silamku..
mungkin mereka lupa kedegilan ku..hahaha
well, hidup ada pasang surutnya..
once kita dah ready and hidayah mula menampakkan diri, why not kita menuju ke arah itu..
jangan dipersoalkan ketentuan yg sememangnya sudah pasti..
InsyaAllah..

Tuesday, June 25, 2013

i am back!

Assalammualaikum wbt.
2 years abaikan blog ni..and it's funny when i read my previous posts..
sungguh, jauh sangat perubahan yg ku buat dlm 2 years ni..Alhamdulillah syukur :)
mana2 yg x bersesuaian tu aku dah 'buang' jauh2..
and i hope, blog ni akan ceria kembali dgn info2 yg berguna.. 

Alya, aku dh start blogging blk..hehehe :P